Thursday, April 9, 2009


HUKUM MEROKOK DALAM ISLAM

Rokok adalah Haram.

Mengikut pendapat Ulama’ terkenal Yusuf Al-Qardawi, merokok adalah haram kerana faktor-faktor kesihatan. Mengapa ulama-ulama terdahulu mengatakannya makruh?.

Ini kerana ulama-ulama terdahulu tidak terdedah kepada kesan-kesan merokok kepada manusia. Mereka hanya melihat rokok pada bau asap sahaja tanpa mengetahui kesan buruk kepada kesihatan. Oleh yang demikian dijatuhkan hukum makruh kerana bau asap yang busuk.

Mengapa makruh rokok dari segi baunya? ini kerana berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W, “Sesiapa yang memakan bawang merah, bawang putih dan kuchai, maka dilarang dia untuk masuk ke masjid, ianya kerana menganggu ketenteraman para jemaah yang lain untuk beribadah.

Berbalik kepada pandangan Yusuf Al-Qardawi pulak, beliau memandang kepada kesan rokok kepada kesihatan. Rokok boleh membawa seseorang perokok dan orang disekitarnya kepada pelbagai penyakit antaranya kanser dan banyak lagi.

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Jangan kamu membunuh dirimu”

Kedua, Yusuf Al-Qardawi memandang kepada pembaziran. Merokok tidak mendatangkan apa-apa manafaat bahkan membawa pembaziran. Perokok sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk melepaskan gian rokok sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah dan bermanafaat.

Fikir-fikirkanlah…

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online