Thursday, April 30, 2009



Masalah tidur merujuk kepada keadaan apabila seseorang itu sukar untuk tidur, tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, sentiasa merasa mengantuk walaupun tidur selama 8 jam atau lebih, sering terjaga terlalu awal, sering tersenguk-senguk walaupun dikhayalak ramai, dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah ini akan menyebabkan anda berhadapan dengan keadaan yang berikut :-

  • Mempunyai mata yang bengkak disebabkan kekurangan tidur.
  • Sering merasa letih dan tertekan pada waktu pagi dan malam.
  • Sering tertidur ketika berada dikhayalak ramai.
  • Kurang aktif dan kurang mempunyai hubungan sosial.
  • Sukar untuk menumpukan kepada isu yang dibincangkan dan fikiran sering merawang kepada pekara lain.
  • Sering mendapat masalah kesihatan seperti kejang otot, sakit perut, pening, dan lain-lain.
  • Sukar tidur, sering terjaga malam, atau terjaga terlalu awal.
  • Takut waktu tidur kerana risau susah tidur.
  • Mudah tersinggung.
  • Mengambil ubat-ubatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
  • Sering menggunakan rokok, alkohol, ubat untuk menenangkan diri sebelum tidur.
  • Ketagihan kepada ubat penenang.
Jenis-jenis masalah tidur.

Jenis-jenis masalah tidur yang biasa didapati adalah seperti berikut :-

  1. Insomnia
  2. Berdengkur dan Apnea
  3. Narcolepsy
  4. Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))
  5. Masalah Pergerakan Anggota Berkala (Periodic Limb Movement Disorder (PLMD))
Akibat kurang tidur

Walaupun selama ini masalah tidur tidak dianggap sebagai masalah yang besar, kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa masalah tidur boleh membawa kepada masalah jantung. Dalam satu kajian dari tempoh 1996 sehingga 1998, dan diterbitkan dalam journal "Occupational and Environmental Medicine" keluaran Julai, terdapat bukti bahawa risiko mengalami serangan jantung berganda bagi mereka yang bekerja lebih daripada 60 jam seminggu dan tidak tidur seperti normal. Kajian itu membabitkan 260 lelaki berusia antara 40 - 79 tahun yang dimasukkan kedalam hospital disebabkan serangan jantung kali pertama. Kajian tersebut turut membabitkan kumpulan kawalan seramai 445 orang seusia tanpa penyakit jantung.

Kesemua peserta kajian menjawap soalan berkenaan jam bekerja seminggu, hati rehat, masa tidur harian untuk bulan lalu dan selama tahun lalu. Potensi risiko sakit jantung terperinci seperti gaya hidup, berat badan, dan kesihatan diri seperti darah tinggi, ketinggian kalesterol, dan kencing manis (diabetes).

Kajian mendapati lebih panjang waktu bekerja berkait dengan lebih sedikit hari rehat, dan lebih pendek waktu tidur termasuk waktu tidur kurang daripada 5 jam dalam kedua dua kumpulan. Bagaimanapun mereka yang ada sakit jantung bekerja lebih lama, kurang tidur, dan tidur kurang daripada lima jam lebih kerap berbanding mereka yang dalam kumpulan kawalan. Mereka yang bekerja melebihi 60 jam seminggu menggandakan risiko sakit jantung berbanding mereka yang bekerja 40 jam atau kurang seminggu.

Bagaimanapun pengkritik menyatakan kajian itu didasarkan kepada soaljawab peserta yang mungkin tidak dapat meningati dengan tepat tempoh mereka bekerja dan tempoh mereka tidur untuk setahun yang lalu. Selain itu, kajian dengan menggunakan tikus yang tidak dibenarkan tidur sehingga mati tidak menunjukkan sebarang kelainan pada jantung tikus tersebut. Kemungkinannya gabungan kurang waktu tidur dan kuat bekerja, meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung, mengakibatkan jantung tidak berfungsi dengan normal.

Oleh itu adalah penting bagi anda untuk menjaga tidur anda. Pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi setiap malam. Sekiranya anda mengalami masalah tidur yang berpanjangan, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan.

Thursday, April 9, 2009


HUKUM MEROKOK DALAM ISLAM

Rokok adalah Haram.

Mengikut pendapat Ulama’ terkenal Yusuf Al-Qardawi, merokok adalah haram kerana faktor-faktor kesihatan. Mengapa ulama-ulama terdahulu mengatakannya makruh?.

Ini kerana ulama-ulama terdahulu tidak terdedah kepada kesan-kesan merokok kepada manusia. Mereka hanya melihat rokok pada bau asap sahaja tanpa mengetahui kesan buruk kepada kesihatan. Oleh yang demikian dijatuhkan hukum makruh kerana bau asap yang busuk.

Mengapa makruh rokok dari segi baunya? ini kerana berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W, “Sesiapa yang memakan bawang merah, bawang putih dan kuchai, maka dilarang dia untuk masuk ke masjid, ianya kerana menganggu ketenteraman para jemaah yang lain untuk beribadah.

Berbalik kepada pandangan Yusuf Al-Qardawi pulak, beliau memandang kepada kesan rokok kepada kesihatan. Rokok boleh membawa seseorang perokok dan orang disekitarnya kepada pelbagai penyakit antaranya kanser dan banyak lagi.

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Jangan kamu membunuh dirimu”

Kedua, Yusuf Al-Qardawi memandang kepada pembaziran. Merokok tidak mendatangkan apa-apa manafaat bahkan membawa pembaziran. Perokok sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk melepaskan gian rokok sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah dan bermanafaat.

Fikir-fikirkanlah…

Sunday, April 5, 2009


Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya

Friday, April 3, 2009


Doa Jodoh

Tuhanku
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku
Terciptalah buatku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kemesraan kami
Agar kebahagiaan itu abadi

Dan Tuhanku Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari
Hidup yang luas ini ke tepian yang sejahtera

Tetapi Tuhanku
Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Dan peliharalah diriku dari kecewa

Serta Tuhanku Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya ke dada langit
Dan gelap pekat awan
Walau tanpa dirinya

Dan Tuhanku tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tiada yang sama dengan dirinya
Kerana aku pasti
Itulah jauhari dari Mu

 

blogger templates | Make Money Online